KUIH BINGKA PANDAN

Kuih bingka pandan ni antara kegemaran saya sekeluarga.. Buat satu loyang, memang tak cukup.. Terutama bila my niece, Hana ada balik ^_^ Dia memang suka sangat kuih ni..



Bila bakar kuih ni, bau pandan yang harum semerbak satu rumah memang menggoda.. Tengah tengok tv pon, anak-anak buah akan menjenguk ke dapur tengok saya masak apa ^_^



Resepi ni memang tak menggunakan telur. Sebab my niece tak boleh makan telur.. Ellergic.. Jadi haritu punyalah puas cari resepi bingka yg tak guna telur. Finally alhamdulillah jumpa dekat blog Intai Dapur

Jadi saya kongsikan pula resepi ni dekat sini untuk rujukan sy pada masa hadapan.

BINGKA PANDAN TANPA TELUR
Sumber : Intai Dapur
Dicuba oleh : Yantie Hafids

Bhn2:

  • 2 cwn tepung gandum
  • 3/4 cawan tepung jagung
  • 1 cwn gula halus
  • 2 cwn santan pekat
  • 2 cawan air pandan (atau air + pandan pes)
  • 1 tin susu cair ( Yan ganti dgn santan cair)
  • 3 sb mentega/majerin - cairkan
  • garam secukup rasa
  • sedikit pewarna hijau dan kuning (opt)
  • sedikit bijan - untuk tabur
PENYEDIAANNYA

  1. Campurkan kesemua bahan kecuali bijan dan kacau hingga sebati dan gula larut atau kisar dalam blender dan tapis.
  2. Tuang dalam loyang/acuan bersapu mentega/majerin dan tabur bijan.
  3. Bakar selama 1 jam atau hingga masak menggunakan api atas bawah.
  4. Kalau suka bahagian atasnya garing, selepas 1 jam, tukar kepada api atas sahaja dan bakar hingga garing.
  5. Sejukkan kuih,potong kecil dan hidangkan.

Apa-apa pun resepi ni memang marvelous.. Thanks to Intai Dapur sebab berkongsi resepi yg superb ni. Memang feveret kami sekeluarga..