DOH ASAS ROTI LEMBUT MENGGUNAKAN TEPUNG GANDUM.. uli pakai tangan je..

HYE!
assalamualaikum

Pejam celik pejam celik, dah 1 Disember pon hari ni.. Sebulan je lagi nak masuk tahun baru.. Ada yang dah siap-siap pasang azam untuk tahun baru.. Tapi macam mana dengan azam tahun lepas? Dah tertunai ke semuanya? ^_^ Aku pulak, ada yang dah tertunai, ada yang tak.. Tak ape.. Jangan dok kalut.. Kalau azam tahun lepas masih ada yang belum tertunai atau jadi kenyataan, jangan risau.. Bawak je ke tahun depan dan usaha lagi..

Azam aku yang paling besar untuk tahun depan, aku nak dapat kan kerja tetap.. Semoga tercapailah azam aku tu yek.. Doa-doakan lah... ^_^

Wokeyh..
Actually ni aku nak share.. 
Aku ada buat roti menggunakan doh roti asas daripada blog Epok-Epok Pusing. 
Sebenarnya ni first time aku nak cuba buat roti taw.. Sebelum ni Cuma tengok2 je ramai blogger yang buat roti sendiri.. Bergenang air mata aku nak cuba.. Tapi kebanyakannya guna bread maker.. Aku pulak tak de.. Jadi aku matikan niat sebab ada khabar angin kata, kalau tak pandai uli pakai tangan, nanti roti jadi keras tak gebu.. Sekali lagi bergenang air mata aku.. huhuhu over je..

Tapi petang tu,balik je dari kerja, aku bulatkan tekad, pasang muscle, aku cuba jugak buat roti sendiri.. Search punya search punya search kat internet, aku jumpa resepi dari Mummyalyssa ni.. Bahan nampak mudah.. Yang penting cuma guna tepung gandum je.. Tak payah la aku nak bersungguh pegi kedai beli tepung roti..

Dan sesungguhnya... aku sangat gembira dengan kejadian roti ini.. =D
Memang lembut gebu uolssss.. Tak tipuuuuu...

Jadi kat bawah ni aku kongsikan semula resepi dari mummyalyssa ni tapi aku dah ubah sikit ikut barang yang ada kat rumah aku je.. Kalau nak full resepi dari Mummyalyssa boleh click dekat suber bawah tu okey..Jom tengok ^_^



RESEPI ROTI LEMBUT GEBU
Dicuba oleh : Yantie Hafids

BAHAN-BAHAN:2 cawan tepung gandum
2 cawan air suam
1 sdt garam
1 sdb gula
1 1/2 sdb susu tepung
4 sdt butter
2 sdt yis

Bahan sapuan sblm bakar - susu segar
Bahan sapuan slps dibakar - mentega

Cara-cara
1. Masukkan gula dan yis ke dalam air suam. Biarkan 10 minit. Selepas 10 minit akan berbuih2. kalau tak berbuih, tu maknanya yis tu dah tak elok atau dah lama. Dikhuatiri nanti roti tak menjadi. Saya nasihatkan guna yis lain. Sebab saya pernah buat donat tapi yis tak berbuih. Tak jadi donat saya =_='

2. Dalam bekas lain, campurkan tepung, garam dan susu tepung. Nak cun, ayak dulu semua bahan tu.. Supaya dia rata n bercampur elok.  Buat kolam tengah2.

3. Curahkan semua campuran air suam dan yis tadi ke tengah2 kolam tepung.

4. Boleh terus uli sampai sebati. Doh agak lembik dan melekit2. Klu tak melekit nanti roti tak gebu. Uli sampai doh tak melekat kat tangan.

5. Masukkan butter, uli lagi. Doh yg melekit2 tadi akan berubah menjadi elastik tapi macam lembut2 dan licin. Saya uli lama jugak. Dalam 20 minit camtu.

6. Perap 1 jam. Slps 1 jam, tumbuk2 doh, bahagikan kepada saiz yang kita nak. Lepas tu susun dalam loyang. Jangan rapat sangat. Sebab nanti kita nak perap lagi sejam. Doh akan mengembang lagi sekali ganda. 

Bila dah naik dia jadi camni.. eiii cantik kan?? rasa cam nak ngap terus ^_^ tapi sabar k.. Bakar duluuuuu....

7. Perap lagi 1 jam. Sapukan dengan susu segar. Lepas tu aku tabur gula sikit.. nak tabur bijan atau almond pon bolehhh..Sekarang, boleh la bakar selama 15 ke 20 minit atau sampai masak pada suhu 150c (bergantung pada oven masing-masing). 

8. Selepas dibakar, keluarkan dari oven dan sapu mentega. SIAP! ^_^

Ni hasilnya.. gebuuuuu.. Makan panas-panas memang terbaik beb! Colek teh tarik kaw memang terbaikkkk..

Dah pandai buat roti asas ni, senang lepas ni nak buat pizza ke, roti manis ke, roti sosej atau roti apa sahaja.. Cuma pelbagaikan sahaja filling atau topping nya..

p/s: kalau nak muscle, uli la roti pakai tangan.. Hakak sado uolsss =D