Dalam era serba mencabar macam sekarang ni, persoalan samada mahu makan gaji atau bekerja sendiri menjadi persoalan utama. Zaman sekarang ni, graduan universiti pon belum tentu mudah dapat kerja. Tak macam 9 atau 10 tahun dulu. Habis je belajar, kerja menanti. Graduan sekarang ni perlu bijak cari peluang untuk dapatkan duit.
Macam aku sendiri, dah masuk 6 bulan aku menganggur. Bulan 10 hari tu adalah aku diberi peluang jadi guru ganti di salah sebuah sekolah dekat dengan rumah aku. Tapi dalam sebulan lebih sikit je sebab dah cuti sekolah. Memang mencabar dunia sekarang. Bagi para pelajar yang rasa lega sebab tak lama lagi nak habis belajar, pikir-pikirkan lah. Sebenarnya bila dah habis belajar tu la cabaran yang sebenar bermula.
Bila nak cari kerja, selalunya majikan nakkan pekerja yang berpengalaman. Sedangkan, nak lahirkan yang berpengalaman tu, perlulah yang tak berpengalaman ni timba pengalaman dulu..
Ramai fresh graduate sekarang yang ambil alternatif dengan berniaga. Kawan aku sendiri ada sorang yang masa di UPM dulu lagi dia dah start mula perniagaan. Dan alhamdulillah perniagaan shawl online dia dah makin maju nampaknya. Boleh pergi ke GOBOKITA untuk tengok2 shawl di instagram dia ^_^
Aku jugak pernah berkira-kira untuk memulakan perniagaan online. Tapi, apa yang aku tengok sekarang ni, terlalu banyak online shop yang tumbuh macam cendawan lepas hujan. Lebih-lebih lagi kalau jual pakaian dan shawl. Tak kurang jugak dengan produk kecantikan. Jadi, kalau aku nak bukak online shop yang menjual shawl, aku kena hasilkan produk yang lain daripada lain untuk memikat pelanggan. Kena lebih kreatif ^_^
Selain tu, aku ada terpikir jugak nak buat perniagaan offline. Aku minat dalam bidang masakan. So, pernah juga aku terfikir nak ambik tempahan makanan. Mungkin biskut dan kek. Lepas tu tempahan lauk pauk. =D
Banyak yang aku baca, orang kata kalau nak berniaga, berniagalah sesuatu yang kita suka. contohnya kalau suka menjahit, jual la produk yang anda jahit sendiri. Kalau suka masak, jual lah makanan. Supaya kita tak rasa macam kita bekerja, tapi lebih kepada kita buat hobi kita. Bagi aku, tu ada kebenarannya jugak =D
Sejujurnya, family aku bukanlah family yang percaya pada perniagaan. Ni mungkin disebabkan salah seorang daripada ahli keluarga aku pernah jatuh dalam perniagaan. Tapi bagi aku, kejatuhan dia disebabkan pengurusan akaun atau kewangan yang tidak sistematik. Dalam perniagaan ni, selain pemasaran, pengurusan akaun juga sangat penting dan tak boleh dipandang ringan.
Aku sangat minat dalam bidang perniagaan. Dato' Aliff Syukri pengasas produk D'herb menjadi idola aku. Aku sangat kagum dengan kisah dia. Bagaimana dia bermula dari bawah, bertatih2 dalam bidang perniagaan dan seterusnya berjaya macam sekarang ni. Aku memang sangat kagum.
So, aku pon dah bertekad. Nak sikit-sikit mulakan perniagaan. Biar aku mulakan dengan merangkak-rangkak lambat. Tapi aku berpegang pada prinsip sikit-sikit lama-lama jadi bukit. Yang penting usaha dan bertawakal pada Yang Maha Pencipta selepas berusaha..Insyaallah ^_^